
Ichibanas team kembali dengan aktiviti terbarunya iaitu,xpdc ke tasik bera,
tasik bera juga selalu dikaitkan dengan naga,orang kata ada naga?,entahla,
sebenarnya naga tasik bera adalah kawan kepada naga tasik chini,, cerita kata
dari lembaga sungai.apa apa pun kata lembaga sungai, kami terus mendapatkan
kaunter di situ untuk pertanyaan lebih lanjut,, jom..setelah nyet2 mendengar
kata kata dua dari girl receptionist..kami pun segera ke tempat yang sesuai untuk memancing..lets go!

Di tengah tengah tasik bera ada singgahsana untuk para pemancing..jadi kami pun memulakan cubaan pertama di situ.,Bismillah...Seperti biasa pakcik kordi cuba dengan cara castingnya yang tersendiri..gaya tersebut telah di pelajarinya di wikipedia. thanks wikipedia katanya sambil tersenyum..

Ah...hampa.. say no to wikipedia kata pakcik kordi kembali..

Lain pula cerita lembaga sungai kita ni.. lembaga sungai berkeras tidak mahu memancing di atas singgahsana ini.. katanya naik sampan lebih adventure dan lebih menarik..

Nyet2 risau melihat akan lembaga sungai yang tidak berganjak dengan handphone blueberry nya itu.. lalu sepakat untuk cuba memancing di atas sampan pula..

Yeyyy!! itulah ungkapan yang kedengaran di sekitar tasik bera yang besar ini hasil jeritan suara lembaga sungai..suara itu juga telah mendapat sahutan penduduk sekitar tasik tersebut.. Dapat juga memancing di atas sampan..

Sedang pakcik kordi menunggu tuyuk, beliau sempat menyanyikan sebuah lagu dari ukays di sana menanti di sini menunggu..

Tuyuk membaca sesuatu sebelum menaiki sampan.. bzstasikfkeo ghrokaoberer...

Nyet2 sempat melemparkan senyuman.. kuci kuci kuci kata pakcik kordi sebelum menekan butang cameranya..senyuman beliau di tenggelamkan oleh ketangkasan lembaga sungai yang sedang melayan kerapu katanya.. ada ke kerapu dalam tasik?

Pakcik kordi dan tuyuk membiarkan joran joran mereka di sambar ikan ikan atau fish,fishball, dll..

Umpan mengena.. sampan mereka di tarik ketepi.. agak besar juga ikan yang menarik joran tuyuk itu..pakcik kordi terpaksa bangun bagi mengimbangi sampan supaya tidak terbalik angkara ikan tersebut -

``Ikan besar`` jerit pakcik kordi.. tuyuk masih berhempas pulas menewaskan sang ikan..adakah naga yang di sebut sebut awal tadi?

Rupa rupanya mata kail tuyuk tersangkut, ikan besar yang di sangkakan tadi adalah lalang semata mata.. tapi kenapa sampan mereka di tarik ketepi?

Pakcik kordi terpaksa turun ke tasik.. untuk menghalau semangat jahat yang menganggunya..Alhamdulillah dengan keberanian pakcik kordi team ini dapat terus memancing dengan aman dan makmur.. syukran!

Hari pun sudah petang.. matahari berundur dari angkasa, hampir sehari memancing di sini,team ichibanas mengayuh sampan pulang ke jeti dengan penat dan gembira..walaupun penat, tangkapan juga memuaskan..kepuasan terpancar dari raut wajah masing masing..nantikan aktiviti seterusnya team ini... bye bye tasik bera..
Posted at 21.2.10 by lowmanz
Permalink